Namun, masalah nya ialah kebanyakan penduduk Asia yang berdarah B cenderung atau suka makan makanan dari kacang soya seperti tempe, tauhu, miso, taucu dan lain-lain hasil dari nya, sebagai rutin harian mereka. Untuk itu anda disarankan untuk mengambil makanan hasil kacang soya secukupnya sahaja hanya sebagai pelengkap kepada daging atau ikan. Jumlah (banyak atau sedikit) pengambilan makanan dari kacang soya boleh ditentukan berdasarkan kesan negatif yang timbul setelah anda mengambil nya. Jika tidak memudaratkan, ini bermakna pengambilan makanan dari kacang soya seperti tempe dan tauhu boleh diteruskan seperti biasa.
Yang paling disarankan untuk anda yang berdarah B ialah kacang merah. Sebahagian besar kekacang mengandungi lektin yang boleh mengganggu penghasilan insulin sehingga membawa kepada kemerosotan kadar gula dalam darah (hipoglikemia). Apa yang baik nya ialah kebanyakan penduduk Asia yang berdarah B, boleh mnegambil makanan tersebut tanpa memudaratkan malah menjadi kudapan di masa senggang. Walaupun begitu, sebaik nya pengambilan makanan tersebut dihadkan dan hanya mengambil kekacang yang berkhasiat sahaja.
0 Tukang Sapu Sampah:
Catat Ulasan