Bagi yang baru mengikuti blog ini, anda boleh mula membaca entri lain berkaitan diet bagi golongan berdarah B di sini.
Nanas baik untuk anda kerana ia mengandungi enzim bromelin yang membantu proses pencernaan makanan sehingga mampu membantu mengawal berat badan. Namun, anda sebaik nya menjauhi buah pear, delima dan kesemek.
Setiap hari anda disarankan untuk mengambil hanya 2-3 potong buah terutama yang beraneka jenis yang tergolonga dalam kumpulan "Sangat Bermanfaat". Satu potong buah bersamaan dengan 150gram. Buah-buahan ini di anggap sebagai ubat bagi mereka yang berdarah B. Di antara nya ialah pisang, betik, nanas, dan semua jenis buah anggur (termasuk anggur hijau, anggur merah mahupun anggur biru/ungu dan hitam)
Pelbagai jenis jus buah sangat baik sebagai penunjang kepada kesihatan anda. Salah satu saranan Dr. D'Adamo, begitu bangun tidur, sebaik nya anda yang berdarah B minum jus ramuan khusus: campurkan 1 sudu besar makan flaxseed/linseed oil dan 1 sudu besar biji lesitin (makanan tambahan) ke dalam jus anda. Lesitin ialah sejenis enzim yang secara semulajadinya terdapat did alam tumbuhan dan haiwan. Ia mengandungi kolin, serin dan etanoalamin yang merupakan senyawa fosfolipid yang amat baik bagi mereka yang berdarah B. Flaxseed/ linseed oil atau lesitin boleh diperolehi dari farmasi, kedai-kedai ubat atau kedai makanan sihat (healthy food store)
0 Tukang Sapu Sampah:
Catat Ulasan