klik my nuffnang

Jom jadi kawan Saya...

Diet 1 - Pengenalan

You are what you eat. 
Kesihatan kita mencerminkan apa yang kita makan selama ini. 
Ungkapan tersebut kadangkala tidak kita endahkan atau tidak kita fahami maknanya sebelum kita menemui kaedah diet yang tepat dan 'fit' untuk kita. 
Mengapa harus tepat dan 'fit'? 
Kerana ternyata tidak ada satu jenis diet pun yang boleh sesuai untuk setiap individu.

 
Pengaruh persekitaran, tradisi makan keluarga, pola pekerjaan, usia, jenis kelamin, berat badan dan penyakit yang mungkin dihadapi, berperanan pada pola makan dan cara makan seseorang. 
Perkara ini akan mempengaruhi hasil yang boleh dicapai.
Apakah kita akan sihat atau malah mengumpul benih penyakit untuk dipetik hasilnya di kemudian hari?

Manusia diciptakan Tuhan dengan keunikan dan kesempurnaan masing-masing, tidak sama satu dengan yang lainnya. 
Tidak sama secara fizikal, anatomi, fisiologi, kitaran hormon, fungsi enzim mahupun sistem xxx (faktor yang belum diketahui atau belum ditemui oleh manusia). 
Perbezaan kesempurnaan inilah yang menyebabkan setiap insan memiliki ciri-ciri kitaran tubuh yang berbeza.

Untuk itu, pakar kesihatan telah memperkenalkan pelbagai jenis diet untuk dapat menyesuaikan perbezaan ciri-ciri tersebut. 
Munculnya pelbagai jenis diet atau pengaturan pola pemakanan ini, mendorong kuta agar mengenal jenis-jenis diet tersebut. 
Dengan menereapkannya dalam hidup kita sehari-hari, kita berharap akan dapat menemukan pola makan yang sesuai dan fit untuk tubuh kita. 

Bilakah kita akan mengetahui bahaa tubuh kita telah sesuai dan fit dengan salah satu jenis diet tersebut? 
Secara subjektif ianya boleh diketahui bila kita merasa lebih segar, lebih ringan, tidak cepat penat atau letih, feeling great, happy, bertenaga, tidak merasa mengantuk ketika bukan waktu tidur, dapat tidur nyenyak, kualiti kehidupan bertambah baik, daya kerja terpacu dan lebih berprestasi. 
Selain itu, berat badan terkawal dan langsing dengan penampilan awet muda.
Keadaan ini menggambarkan kesihatan kita yang prima dan bebas dari penyakit - terutama penyakit degenaratif dan sistemik lain nya serta memperlahankan proses penuaan. 

Salah satu kaedah diet yang dapat disesuaikan dengan pelbagai keperluan manuia sesuai dengan perbezaan ciri-ciri nya adalah diet mengikut jenis darah (blood-type diet).
Saya berharap blog ini dapat mendorong kita agar mampu menemukan cara makan yang tepat untuk diri sendiri sesuai dengan perbezaan ciri-ciri yang diciptakan Tuhan. 
Untuk hidup lebih sihat dan berkualiti, dengan panduan blog diet sihat khusus untuk golongan darah yang telah dipermudahkan ini, mengapa kita masih ragu-ragu memulakan nya?

0 Tukang Sapu Sampah:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails