klik my nuffnang

Jom jadi kawan Saya...

PATI


Sama seperti golongan berdarah O, tubuh anda tidak mudah untuk mencerna gandum dan makanan yang diperbuat daripada tepung gandum seperti mi, pasta, roti, kek, biskut kering, dan lain-lain. Begitu anda mula mengambil makanan yang diperbuat daripada tepung gandum, berat badan anda akan naik mendadak.

Kegemukan juga boleh terjadi apabila anda rajin menjamah makanan yang diperbuat daripada jagung termasuk bertih jagung kering, jagung beras, tepung jagung (corn meal) dan tepung pati jagung atau tepung mazeina (tepung jagung). Sebagai contoh, bertih jagung (popcorn), kepingan jagung (corn flakes), puding jagung, urap jagung rebus, dan nasi jagung. Sejenis mi khas Jepun yang dikenali soba yang dibuat adripada tepung buckwgeat juga boleh menggemukkan.

Gluten di dalam tepung gandum mengandungi lektin yang boleh menyebabkan berkurang nya keberkesanan hormon insulin, melambatkan pembakaran kalori serta menurunkan kadar metabolisme. Keadaan ini menambahkan pengumpulan lemak pada tubuh. Selain itu, lektin tepung gandum juga boleh terkumpul di dalam jaringan otot dan pembuluh darah sehingga menyebabkan terjadinya kelainan darah dan stroke.

Dibandingkan dengan makanan lain yang kurang di anjurkan bagi golongan darah B, jagung merupakan makanan yang memberi kesan paling teruk. Pengambilan jagung akan memperlahankan metabolisme, memicu kepada keadaan yang tidak ketidaktentuan dalam oenghasilan insulin, meningkatkan pengekalan cecair tubuh serta leleh. Hanya mereka dengan nenek moyang yang pola pemakanan nya dari jagung, beras dan ubi sahaja yang tidak terkesan atau paling tidak kesan nya adalah minimum sahaja.

Pilihan makanan asas terbaik bagi anda selain buah-buahan dan sayur- sayuran ialah seperti beras, sagu, ubi-ubian (singkong, keledek, dan lain-lain). Bihun dan kuewteow adalah antara dua bahan utama makanan hasil olahannya.

0 Tukang Sapu Sampah:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails