golongan berdarah B pula disarankan untuk mengambil makanan dari haiwan. Tubuh anda mempunyai kemampuan untuk memproses bahan makanan sama ada sayur-sayuran atu haiwan dengan baik. Anda mampu untuk makan segala-galanya sama ada haiwan atau sayuran.
Jadi bersyukurlah apabila selama ini anda suka makan daging lembu, biri-biri, kambing atau arnab kerana kebiasaan haiwan tersebut masih boleh dimakan tanpa halangan. Namun, anda perlu berhati-hat terhadap daging ayam, kerana ia mempunyai zat lektin yang berlebihan dan boleh menyebabkan darah pemilik nya bergumpal sehingga mendatangkan risiko stroke dan serangan jantung.
boleh dikatakan semua jenis ikan dan makanan laut sesuai bagi golongan berdarah B. Namun, berhati-hati terhadap ketam, udang karang, kerang (kerang darah), scallop, remis, kepah, tiram dan belut yang mempunyai zat laktin yang berlebihan. Apa yang terbaik untuk golongan darah B ialah ikan laut dalam seperti salmon.
Hanya mereka yang tergolong dalam darah B sahaja yang boleh mengambil susu serta produk lain yang berasaskan tenusu kecuali keju biru dan aiskerim. kesesuaian tubuh anda menerima susu dan produk lain yang berkaitan disebabkan kandungan gula primer di dalam antigen darah anda ialah D-galaktosamin yang sama dengan kandungan gula dalam susu. selain itu, mereka juga boleh mengambil telur ayam organik atau telur ayam kampung. Namun, sebaik nya hindari telur pulur atau telur itik.
Minyak zaitun boleh diambil setiap hari, satu sudu besar setiap hari. Elakkan minyak yang kaya dengan kandungan lektin yang boleh menyebabkan diabetis kepada golongan berdarah B seperti minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang, minyak soya dan minyak kelapa. Hadkan juga pengambilan bahan mentah minyak-minyak tersebut seperti kelapa, santan, kacang soya, kacang tanah, kuaci, biji labu, dan bijan. Kacng gajus dan pistasio juga tergolong dalam kategori kekacang yang kaya dengan lektin dan sebaik nya dihindari oleh mereka berdarah B.
Kacang soya dan produk-produk hasil daripadanya seperti tempe, tauhu dan susu kacang soya boleh mengganggu penghasilan insulin disebabkan kandungan lektin nya yang berlebihan. Demikian juga dengan kacang merah, kacang botol dan chick pea. Namun bagi mereka yang sudah terbiasa memakan kacang -kacang tersebut sebagai kudapan, amsalah yang akan timbul oleh bahan-bahan tersebut relatif nya kurang kecuali bagi mereka yang terlalu sensitif.
Tepung gandum dan makanan yan diperbuat daripada tepung kuran sesuai bagi mereka yang berdarah B. kandungan lektin nya akan tersimpan di dalam otot yang boleh melambatkan sistem metabolisme tubuh serta pembakaran kalori. Akibat nya tubuh akan menjadi gemuk dan ini akan meningkatkan risiko strok dan serangan jantung. Lupakan terus mi segera, pulut hitam dan jagung. Utamakan beras perang, beras putih pecah kulit, beras putih tmbuk, makanan dari beras atau tepung beras, oat, serta bran beras. Sebaik nya anda meilih rolled oats atau oats cepat masak yang merupakan hasil daripada oats segera.
Mereka berdarah B juga sangat rentan terhadap penyakit autoimun dan penyakit serangan virus. Untuk itu, adalah penting bagi anda mengambil banyak sayuran hijau yang diketahui kaya dengan magnesium. Hindari lobak merah, tomato, jagung muda, bagi tujuan dimasak bening, atau bergedel jagung kerana kesemuanya boleh mrendahkan kadar metabolisma serta membuat darah menjadi lebih pekat. bagi mereka yang sensitif, pengambilan lobak merah, tomato, atau jagng boleh mneingkatkan risiko stroke dan srangan jantung.
Semua jenis buah umum nya bai bagi golonagn berdarah B. Namun, elakkan pengambilan buah yang kaya lektin seperti kemasik, delima, belimbing, dan pear. Bagi mereka yang berdarah B dan bekecenderungan untuk gemuk, disarankan agar lebih rajin untuk mengambil nenas disebabkan kandungan enzim bromalin nya dapat membantu pembakaran kalori dan seterusnya menghalang pembentukan lemak pada tubuh.
Sbagai pemilik darah B anda memperolehi warisan genetik nenek moyang anda yang nomaden (selalu berpindah randah untuk mendapatkan makanan). Budaya hidup seperti ini menjadikan sitem pencernaan anda sangat toleransi terhadap pelbagai jenis makanan terutama daging, produk tenusu, bijirin, da sayur-sayuran.




2 Tukang Sapu Sampah:
darah AB takde ke?sob sob
sebenar nya ada..tp skang ni x sempat nak update lg..
Catat Ulasan