klik my nuffnang

Jom jadi kawan Saya...

Sayur-sayuran

Ini ada satu lagi.. khas untuk yang berdarah B okey..

Menjadi pemilik berdarah B adalah sesuatu yang paling baik kerana anda dibenarkan mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran kecuali sebahagian kecil sahaja yang sebaik nya di elakkan. Beraneka jenis sayuran hijau sebaik nya di ambil secara bergantian di dalam mewarnai menu seharian anda.
Sayuran hijau sesuai bagi mereka yang berisiko terhadap serangan auto imun atau serangan virus.. Dalam sayuran hijau terdapat banyak magnesium, iaitu sejenis mineral yang sangat penting untuk menangani serangan virus.

Terdapat juga beberapa jenis sayuran yang sebaik nya dihindari seperti tomato dan jagung muda. Tomato mengandungi panhemaglutinan yang boleh mendatangkan kesan luka atau iritasi pada limpa. Jagung muda pula mengandungi lektin yang akan menghalang penghasilan hormon insulin dan metabolisma tubuh.

Tidak pula disebutkan oleh Dr. D'Adamo berkenaan putik jagung (corn baby) yang biasa di campur dalam cap cay atau masakan lain kerana ia juga mengandungi lektin seperti jagung muda. Walaupun demikian, sebaik nya elakkan pengambilannya apatah lagi apabila anda telah merasai kesan negatif terhadap tubuh dan kesihatan anda setelah menjamahnya.

Apabila anda gemar untuk mengambil makanan Italy, berhati-hati dengan buah zaitun. buah ini kemungkinan ditumbuhi kulat yang boleh menyebabkan reaksi alahan kepada golongan berdarah B.

Nantikan seterus nya.....

0 Tukang Sapu Sampah:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails